HomeBeritaViralTak sia-sia jual motosikal, aksi pemain ke-12 Harimau Malaya undang sebak

Tak sia-sia jual motosikal, aksi pemain ke-12 Harimau Malaya undang sebak

PENGORBANAN seorang pemuda yang menjual motosikal miliknya bagi mendapatkan dana menyaksikan perlawanan Piala Asia tidak sia-sia, apabila skuad kebangsaan berjaya mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, pada Khamis.

Ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Janoub, dekat Doha, Qatar itu, Derrick Gan dilihat mengalirkan air mata kegembiraan dengan kejayaan tersebut, manakala aksinya sempat dirakam dan terpampang pada skrin besar.

Aksi pemuda berambut perang yang berasal dari Melaka itu sekali gus mendapat perhatian penonton di seluruh dunia, khususnya warga Malaysia yang turut merasai sebak kegembiraan.

Masakan tidak, keputusan itu sekali gus mencalarkan reputasi Korea Selatan yang terkenal dengan gelaran gergasi Asia dan dijangka sukar untuk dibolos.

Skuad Harimau Malaya berjaya meraih keputusan seri 3-3 ketika menentang Korea Selatan pada Khamis. -Foto: FAM

Aksi Gan masih menjadi buah mulut dan reaksi positif daripada warga Malaysia, meskipun setelah tamat perlawanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berbangga dengan semangat pemuda itu yang sanggup berkorban menjual asetnya, demi memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

Tulis Afshan Ismail: “Ia datang menyusuk dalam dada, dengan semangat untuk memperolehi kemenangan. Siapa tidak sayang negara Malaysia, motor boleh beli semangat untuk memperolehi kedudukan dalam kesebelasan itu. Team lawan bukan calang-calang tuan, Korea bos, siapa yang tidak keluar air mata.

“Wahai team Malaysia, bangkitlah untuk berjuang, kami penyokong tetap untuk memberi sokongan sepenuhnya.”

Tambah Azrul Dino: “Saya tabik kepada brother. Siapa kata kita tidak sayangkan team kita. Inilah yang menyatukan kita semua di bawah satu bendera, tanpa ideologi berbeza dengan satu matlamat satu tujuan.”

Ujar Wan Mohd Haizat:”Aku rasa bangga dengan brother itu. Sanggup untuk negara tercinta. Mantaplah. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat motor baru nanti.”

ShMysara SyIsmail AL Idrus berkata: “Saat dia menangis, teman di rumah pun sebak wehh. Biar la depa gelakkan kita menangis kerana jiwa depa tak seperti kita untuk Harimau Malaya.”

Turut berbangga dengan semangat pemuda itu adalah Norfazil Mohd Isa:”Betul semalam tiba-tiba terfokus ke dia. Tak sangka tengok dia sampai menangis. Betul-betul ekor (penyokong tegar) Harimau Malaya.”

Disember lalu, Gan mempromosikan motosikal jenis Yamaha LC5s miliknya menerusi hantaran di laman Facebook.
Motosikal milik pemuda itu yang ditawarkan pada harga RM4,500, Disember lalu. -Foto: FB Derrick Gan

Menurutnya, motosikal yang ditawarkan pada harga RM4,500 itu bertujuan mendapatkan dana bagi menyokong perjuangan Harimau Malaya di Piala Asia.

Motosikal milik pemuda itu berada dalam keadaan baik sebelum dijual. -Foto: FB Derrick Gan

Malaysia road to Asia. Tumpang lalu adik (saya) nak lepaskan motor demi negara tercinta. First major tournament in Malaysia’s history. Ada sesiapa sudi tolong tak? Pape roger.

“Enjin semua dalam keadaan baik dan boleh terus digunakan. Daily ride (kegunaan harian) tiada masalah. Harga boleh dirunding,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor