HomePendidikan‘UiTM bukan lagi di bawah MARA’ – Dr Asyraf Wajdi

‘UiTM bukan lagi di bawah MARA’ – Dr Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap orang ramai ambil maklum bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan lagi di bawah kelolaan MARA.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menjelaskan UiTM sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sejak 1 Jun 1999.

“Ada minta saya pantau isu di UiTM dan jangan hanya fokus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“UiTM bukan lagi di bawah MARA sejak diambil alih KPT 1 Jun 1999. Di bawah MARA ada 344 IPMA contoh; UniKL, UPTM, IKM, KPTM, KKTM, KM, KPM & GiatMARA,” tulisnya.

Sementara di ruangan komen, beliau dilihat turut menjelaskan faktor pertukaran pengendalian UiTM.

“ITM memang asalnya dari MARA tetapi apabil dinaik taraf sebagai Universiti Awam maka pada 1 Jun 1999 Akta ITM dipinda membolehkan UiTM dijadikan universiti penuh yang dibiayai secara langsung oleh Kerajaan.

“Itulah yang dituntut oleh pejuang-pejuang Melayu waktu itu. Maka apabila menjadi universiti awam, ia tidak lagi diurus dan dikawal selia oleh MARA tetapi berpindah kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

“Ini menjadikan UiTM setaraf dengan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain universiti awam,” ujarnya.

Foto: FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Author

Pilihan Editor