HomeBeritaViralWanita dakwa warga asing tebuk kereta guna paku di 'area' plaza Shah...

Wanita dakwa warga asing tebuk kereta guna paku di ‘area’ plaza Shah Alam

CYBERJAYA: Baru-baru ini, seorang pengguna X meminta orang ramai terutama golongan wanita yang berkunjung ke sebuah plaza di Shah Alam untuk sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling.

Menurut pengadu, terdapat dua lelaki yang dipercayai warga asing yang berkelakuan mencurigakan sering berkeliaran di kawasan plaza terbabit.

“Ada orang suspicious melepak kat kereta perempuan dekat plaza Masalam, Shah Alam. Girls tolong alert and stay safe.

“Dua lelaki ni kacau kereta aku. Mereka melepak dan tak nak beredar. Bila kami tak nak masuk kereta, mereka menyorok di hadapan kereta.

“Bila kami nak masuk kereta, mereka bangun dan berjalan menuju ke arah kami. Tapi mujur ada kereta lain masuk parking dan mereka tercegat di belakang kereta,” tulisnya.

Malah, pengadu itu turut menunjukkan gambar lakaran semasa kejadian terbabit berlaku.

They were squatting under the tree infront of my car pastu kitorang datang dia pusing ke sini and just stood there tengok kitorang keluar parking,” kongsinya.

Gambaran kejadian seperti di bawah:

Tidak terhenti di situ apabila pengadu mendakwa dua lelaki itu menebuk keretanya dengan sebatang paku ketika sedang menyorok di hadapan kereta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan rondaan di kawasan terbabit.

My friend pernah jadi macam ni, very weird. So dia nearest police station. Within 5 minute patrol datang and dorang cabut lari. Don’t worry, polis takkan marah kau. Tangkap gambar as much as you can. At least bila polis tanya, ada prove,” kongsi netizen.

“Ambil gambar dan buat laporan polis di balai berdekatan. Balai Seksyen 9 sebelah tu. dengan cara tu dapat banteras warga asing ni. Apa-apa pun stay safe,” komen netizen

“Lepasni patrol officer dah boleh rajin-rajin ronda area Masalam tu bukan jauh IPK dengan Masalam tu. Dulu gi mana-mana berani laa juga seorang-seorang tapi sejak banyak kes ni mujur ada teman kesana kemari,” cadang netizen

Author

Pilihan Editor