HomeGaya HidupTips jimat simpan stok air bersih waktu gangguan bekalan air!

Tips jimat simpan stok air bersih waktu gangguan bekalan air!

PASTI ada antara kita yang pernah mengalami masalah ketiadaan bekalan air di rumah. Panik bukan?

Takkan nak beli air di kedai berbotol-botol semata-mata untuk mandi? Nak beli tong air, boleh tahan juga harganya. Mahu ‘melayang’ duit anda!

Nak tahu cara mudah untuk berjimat sewaktu mengalami masalah bekalan air? Jom ikuti perkongsian dari Siti Suhaira.

Foto: Siti Suhaira

“Rumah ada tiga bilik air, jenuh juga kalau nak beli tong. Satu tong harga RM50-RM60.

“Macam tahun lepas punya krisis air, inilah solusi akak, guna bakul baju dengan plastic besar.

“Bakul itu baru RM9 (1 unit), bakul beli dekat Ecoplus. Plastik hitam atau plastic sampah saiz besar RM3-RM4.

“Modal lebih kurang RM30 saja. Untuk tiga bilik air, lepas itu nanti bakul itu boleh guna balik untuk asingkan kain baju,” kongsinya.

Author

Pilihan Editor