REKRUT baharu angkatan pertahanan Jepun kini dibenarkan menyimpan rambut panjang mulai April depan.
Perkara itu adalah sebahagian inisiatif Kerajaan Jepun bagi menarik minat golongan muda menyertai pasukan tersebut, lapor BBC.
Malah, pengumuman itu dibuat ketika Jepun bergelut dengan masalah kekurangan anggota di tengah-tengah kebimbangan meningkat mengenai ancaman China dan Korea Utara.
Sebelum ini, rekrut lelaki diwajibkan berambut pendek manakala rekrut wanita dikehendaki memotong rambut pendek.
Namun, peraturan itu akan dilonggarkan di mana rekrut lelaki dibenarkan menyimpan sedikit rambut di bahagian sisi, belakang dan atas.
Anggota wanita pula dibenarkan mempunyai rambut panjang, namun tidak boleh melepasi paras bahu apabila diikat.