TIGA puluh satu orang maut selepas sebuah bas terbalik dan terjunam dari jambatan di Mali pada Selasa.
Bas itu dalam perjalanan ke Burkina Faso dari pekan Kenieba di Mali apabila ia terbabas dari jambatan yang menyeberangi sungai Bagoe.
Sekurang-kurangnya 10 yang lain cedera – ada yang mengalami kecederaan serius.
Pegawai tempatan berkata, kemalangan mungkin berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 17:00 waktu tempatan (17:00 GMT).
“Sebuah bas… yang meninggalkan pekan Kenieba menuju ke Burkina Faso terjatuh dari sebuah jambatan. Kemungkinan puncanya ialah pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan itu,” kata kementerian pengangkutan dalam satu kenyataan.
Ia berkata, mangsa termasuk warga Mali dan rakyat dari wilayah lain di Afrika Barat.
Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Mali kerana banyak jalan dan kenderaan dalam keadaan yang buruk, serta pengangkutan awam yang terlebih muatan dan tidak dikawal dengan baik.