HomeGaya HidupCuaca panas! Ikuti 7 langkah ini sejukkan badan

Cuaca panas! Ikuti 7 langkah ini sejukkan badan

GELOMBANG haba adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), gelombang haba di Malaysia ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk tiga hari berturut-turut.

Justeru, KKM menasihatkan orang awam untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Berikut tujuh langkah yang boleh dilakukan orang ramai ketika berdepan cuaca panas.

  1. Pakai topi/payung

Untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan

  1. Guna kipas/pendingin hawa

Untuk menyejukkan badan

  1. Banyakkan minum air

Banyakkan meminum air kosong setiap hari khususnya sewaktu anda melakukan aktiviti fizikal.

  1. Pakaian

Pakai baju yang ringan, berwarna terang dan longgar

  1. Hadkan masa di luar

Kurang waktu melakukan aktiviti di luar kawasan kediaman

  1. Elak duduk dalam kenderaan

Elak berada dalam kenderaan tertutup ketika penyaman udara tidak dihidupkan

  1. Kurangkan kafein

Kurangkan pengambilan minuman berkafein, beralkohol dan bergula tinggi

Foto: FB KKM

Author

Pilihan Editor