HomeGlobalSangkar tikus jadi ilham fesyen di New York

Sangkar tikus jadi ilham fesyen di New York

KEPELBAGAIAN fesyen sememangnya memberi saingan sihat antara pereka fesyen bagi menzahirkan idea kreatif dalam industri fesyen.

Pelik tapi benar, itu yang dapat diungkapkan apabila tular sebuah video di Instagram @whtnywears, kelihatan seorang model memakai sepasang kasut yang menggabungkan ciri sangkar tikus.

Dalam video itu, model wanita berkenaan sedang beraksi membuat rakaman foto di pejalan kaki kota New York.

Menjadi perhatian adalah di bahagian kasutnya memperlihatkan sepasang tikus dalam kasutnya yang berbentuk seakan-akan sangkar.

Menurut laporan Complex.com, kasut itu dibuat oleh Uncommon Creative Studio dinamakan RATBOOT dan telah membuat penampilan sulungnya di jalanan semasa Minggu Fesyen New York baru-baru ini.

Pengasas Uncommon Creative Studio, Nils Leonard menyatakan bahawa beliau menganggap rekaan RATBOOT itu sebagai sebuah ciptaan yang indah kerana terselit kecantikan di sebalik sesuatu kekotoran yang tersembunyi.

Uncommon Creative Studio mendakwa bahawa klip video tersebut tular sehingga mendapat perhatian warganet lebih daripada video Taylor Swift, yang mempunyai purata 40 juta tontonan.

Rata-rata netizen turut memberi pandangan yang berbeza terhadap penghasilan kasut tersebut.

“Idea yang menarik, bagus itu mengurangkan populasi tikus” @aurora_borealyyss

“Apa sudah terjadi dengan orang sekarang? Kejam, tidak terbayang sungguh betapa terseksa dirasakan oleh tikus itu semasa diperagakan” @thehalpernproject

“Fesyen yang mengarut, menyeksa binatang hanya untuk sebuah kasut”- @antillies

Author

Pilihan Editor