HomeBeritaDah boleh ‘renew’ lesen memandu, kenderaan di MyJPJ

Dah boleh ‘renew’ lesen memandu, kenderaan di MyJPJ

CYBERJAYA: Orang ramai kini boleh membuat pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor terus melalui aplikasi MyJPJ.

Menerusi aplikasi sama, pengguna boleh memperbaharui lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun.

Malah, pengguna juga boleh membuat pembayaran terus menggunakan aplikasi tersebut tanpa perlu hadir ke pejabat pos.

Manakala lesen kenderaan motor pula, pembaharuan boleh dilakukan dalam tempoh 2 bulan sebelum tempoh tamat.

Inisiatif ini nyata memudahkan proses pengurusan dan pembaharuan lesen terus menggunakan aplikasi MyJPJ.

Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.

Katanya, pembaharuan tersebut berdasarkan kepada kesediaan sistem pihaknya dan penerimaan orang awam yang positif.

Author

Pilihan Editor