HomeBeritaViralDikecam ziarah ‘gereja’, Ryzal Ibrahim sekolahkan netizen

Dikecam ziarah ‘gereja’, Ryzal Ibrahim sekolahkan netizen

KECOH di media sosial mengenai tindakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di ISTAC -IIUM (Institute of Islamic Thought and Malay World) yang terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kehadiran Ryzal ke situ adalah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Zabedah, ISTAC-IIUM sekali gus berpeluang memasuki dewan utamanya.

Meskipun sudah berkongsi tentang rekaan dewan tersebut yang sangat unik kepada orang awam, masih ada sebilangan netizen yang mengecam tindakannya itu kerana menyifatkannya mempromosikan ‘gereja’.

Menjengah di ruangan komen Facebook, Ryzal dilihat memberi respon kepada warga net yang mengecam dirinya.

“Gereja tak bodoh yang bodoh tu awak. Astaghfirullahalazim, terlepas cakap, sorry,” balas Ryzal kepada salah seorang netizen.

Dalam pada itu, The Patriot Studio menerusi hantaran di aplikasi X tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung penubuhan ISTAC-IIUM ditubuhkan.

“Seni bina institut ni sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ni diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini.

“Institut ni sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan hina institut yang berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam kini,” tulis The Patriot Studio.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan tentang sesuatu isu.

Author

Pilihan Editor