HomeBeritaJom meriahkan 'Teh Hijau Kuala Lumpur' Sabtu ini!

Jom meriahkan ‘Teh Hijau Kuala Lumpur’ Sabtu ini!

LUANGKAN cuti hujung minggu anda dengan berkunjung ke program Teh Hijau Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Antara aktiviti yang anda boleh sertai adalah seperti klinik bola, pemeriksaan kesihatan, pertandingan Doodle Art, pertandingan e-sport dan banyak lagi!

Lebih menarik lagi, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Selain itu, turut diadakan jualan Rahmah, jualan Agromadani serta jualan produk kebun bandar.

Untuk makluman lanjut berhubung program Teh Hijau Kuala Lumpur, sila layari laman Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Author

Pilihan Editor