HomeGlobalDumpling bentuk tikus, wanita kongsi foto sarkastik sebab...

Dumpling bentuk tikus, wanita kongsi foto sarkastik sebab…

PASTI ramai yang seronok apabila tibanya hari istimewa seperti sambutan perayaan kerana dapat meluangkan waktu bersama insan tersayang.

Namun siapa sangka, masih ada segelintir manusia yang tidak gemar menyambut hari istimewa kerana ‘terpaksa’ menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir.

Seperti perkongsian seorang wanita di Grup Facebook, Cast Iron Experts, satu hal yang memenatkannya untuk kekal memasak di dapur sewaktu berlangsungnya sebuah majlis dalam keluarganya.

Lantaran itu, wanita tersebut secara sarkastik memuat naik foto memaparkan penyediaan dumpling berbentuk tikus!

“Dan kerana itulah (merujuk dumpling tikus) saya tidak perlu lagi memasak untuk majlis keluarga,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terkejut dengan perkongsian foto terbabit.

Malah, ada juga yang terhibur dan menyifatkan wanita tersebut kreatif dalam menangani perkara yang tidak disukainya.

“Itu sangat genius!” komen netizen.

“Ada resepi tak? Saya berminat nak cuba juga,” seloroh warga net.

“Saya betul-betul ingatkan wanita ini rebus tikus untuk makan!,” tulis netizen.

Bagaimanapun, wanita yang berkongsi foto tersebut menjelaskan di ruangan komen bahawa foto itu bukanlah hasil masakannya sebaliknya dia hanya mengambil tangkap layar di media sosial dan dijadikan hiburan dalam Grup berkenaan.

Author

Pilihan Editor