HomeBeritaViral'Lawa tapi...' - Surau di TRX Mall jadi perbahasan netizen

‘Lawa tapi…’ – Surau di TRX Mall jadi perbahasan netizen

PUSAT beli-belah sentiasa menjadi tarikan pengunjung khususnya pada hujung minggu.

Namun, gedung beli-belah yang mempunyai reka bentuk yang menarik serta fasiliti dan aneka kedai yang serba lengkap, pastinya mendapat sambutan pengunjung yang menggalakan.

Selaku umat Islam, kewajipan menunaikan solat fardu perlu diutamakan meskipun ketika sibuk berbelanja di pusat beli-belah.

Justeru, sewajarnya setiap pusat beli-belah dilengkapi surau memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

Baru-baru ini, surau di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur mendapat perhatian warga net.

Tinjauan di aplikasi X mendapati, rata-rata warga net menyifatkan ruangan solat di surau gedung berkenaan kecil dan tidak ‘seimbang’ dengan keluasan bangunan tersebut.

Ruangan solat dalam surau yang terletak di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur // X 

Dalam pada itu, ada juga yang memuji kerana dekorasi surau cantik dan selesa namun ruangannya amat terhad.

“Tak padan dengan tempat yang luas. Kapasiti jemaah tak sampai 50 orang boleh muat. Nak keluar pun satu hal ruang sempit,” komen netizen.

“Cantik tapi kecik. Mall besar boleh muat puluhan ribu umat, tapi surau boleh muat untuk beberapa saf je. Bayangkan bulan puasa, yang rata-rata memilih buka puasa dekat mall. Dengan waktu berbuka + solat maghrib yang singkat, confirm surau sesak. Besar kemungkinan ramai tinggalkan solat,” luah seorang lagi warga net.

“Okay la tu. Rata-rata yang pergi situ pun warga KL juga. Rancang la perjalanan elok-elok. It’s not all about you okay. Awal-awal je ramai, lama-lama nanti entah-entah kosong je surau tu,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor