HomeHiburan'Lawan semua dengan doa' - Abby Abadi

‘Lawan semua dengan doa’ – Abby Abadi

CYBERJAYA: Pelakon, Abby Abadi masih ‘mengunci mulut’ selepas kecoh di media sosial berhubung isu perkahwinan anak keduanya, Marissa Dania Hakim dengan lelaki dikenali Aslam di Songkhla, Thailand.

Abby menerusi InstaStory dilihat sekadar meninggalkan cebisan kata sahaja.

“Lawan semua dengan doa,” tulisnya yang tidak pasti ditujukan kepada siapa.

Hantaran terbaharu Abby di InstaStory mengundang perhatian, dipercayai berkaitan isu perkahwinan anaknya, Marissa dan Aslam. – Foto IG Abby Abadi

Terdahulu, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan, mengesahkan pernikahan Marissa dan Aslam telah berlangsung di Thailand pada Disember lalu.

Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan komen daripada Abby dan Norman masih belum berjaya apabila kedua ibu bapa Marissa itu tidak menjawab panggilan mahupun mesej yang dihantar.

Author

Pilihan Editor