HomeBeritaSolat 'Subuh Macam Jumaat' di Masjid Putra meriah

Solat ‘Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Putra meriah

CYBERJAYA: Lebih 3,000 jemaah hadir menunaikan solat subuh di  Masjid Putra, pagi tadi, menerusi kempen solat ‘Subuh Macam Jumaat’.

Solat subuh itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Program ‘Subuh Macam Jumaat ‘ itu diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria, manakala tazkirah subuh pula disampaikan oleh Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered, lapor Kosmo pada Khamis.

Program berkenaan diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024) yang disambut hari ini.

Selain daripada solat subuh berjemaah, turut dilaksanakan beberapa aktiviti menarik yang lain seperti program Berjalan Sihat@Putrajaya sejauh 2.5 kilometer (KM) di Dataran Putra, Masjid Putra ke Dataran Putrajaya, Presint 3.

Sambutan HWP 2024 itu akan diadakan bersama program Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD 2024) yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Justeru, orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana di Putrajaya yang menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival itu berlangsung.

Author

Pilihan Editor