HomeBeritaViral'Jangan lupa cuba nasi kandaq!'- Netizen syor David Beckham 'port' makan di...

‘Jangan lupa cuba nasi kandaq!’- Netizen syor David Beckham ‘port’ makan di KL

IKON bola sepak, David Beckham menzahirkan keterujaannya dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di media sosial rasminya yang memaparkan foto dia berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

I mean…wow…what a view, what a city…,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Difahamkan, bekas pemain Manchester United itu kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri acara perasmian The World of The Predator Exhibition by Adidas di pusat beli belah The Exchange TRX.

Menjengah di ruangan komen menerusi perkongsian Beckham di Facebook, rata-rata warga net yang terdiri daripada rakyat Malaysia meninggalkan pelbagai reaksi kepadanya.

Ramai yang mengucapkan selamat datang dan berharap lagenda bola sepak itu gembira dengan suasana di ibu kota Malaysia.

Malah, menjadi perhatian apabila ada sebilangan netizen yang sempat berseloroh mengesyorkan tempat makan menarik di Malaysia.

Love Kuala Lumpur. Have a great stay, people are so lovely,” tulis warga net.

“Beck, jangan lupa cuba makan nasi kandaq dekat Jalan Chowkit. Surrr mari!!” komen seorang lagi warga maya.

“A lot of food in Kampung Baru. Have fun,” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor