SEORANG penumpang bertindak mencederakan kru kabin selepas memusnahkan tandas sebuah pesawat.
Insiden tersebut berlaku ketika penerbangan pesawat Thai Airways dari Bangkok ke London pada 7 Februari lalu.
Menerusi rakaman video, lelaki berusia 35 tahun itu dilhat menumbuk muka seorang pramugari sehingga terjatuh ke atas lantai.
Terkejut dengan tindakan itu, beberapa penumpang lain turut campur tangan dan berjaya mengikat tangannya.
Insiden cemas itu dirakamkan oleh seorang penumpang wanita, yang kemudian menularkan video berkenaan di media sosial.
A 35yo unruly British man was arrested after his flight from Bangkok to London Heathrow landed following a cowardly attack on a Thai Airways member of staff.
The man went berserk minutes after the flight took off on Feb 7 and proceeded to smash up the aircraft’s toilet. pic.twitter.com/k391Ab5Phs
— ThaiMythbuster (@thaimythbuster) February 16, 2024
“Dia berada di dalam tandas dan menjerit. Dia kemudian mula memecahkan pintu kemudahan tersebut.
“Seorang penumpang berbaju putih cuba membawanya keluar. Suasana mulai kecoh apabila timbulnya pergaduhan. Lelaki itu kemudian bertindak memukul pramugari dan saya rasa mangsa patah hidung.
“Kami terpaksa bersabar dengan tingkah lakunya. Orang ramai terpaksa bertukar tempat duduk dan memindahkan kanak-kanak ke bahagian belakang pesawat,” katanya seperti dilapor NDTV.
Ketika kekecohan itu, para penumpang diberi amaran bahawa penerbangan mungkin perlu melencong ke Dubai sekiranya lelaki berkenaan tidak bertenang.
Namun, penerbangan itu akhirnya selamat tiba ke destinasinya selepas keadaan terkawal.
Sebaik sahaja pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang Heathrow, London, lelaki berkenaan segera ditahan pihak polis.
Dia kemudian didakwa atas tuduhan mencederakan dan membahayakan keselamatan penumpang.