KEPELBAGAIAN budaya di antara negara sememangnya mewujudkan identiti yang unik bagi setiap negara.
Fikri Akram, seorang pemuda warga Malaysia yang bekerja di Korea tidak melepaskan peluang tersebut dengan memperkenalkan kepelbagaian jenis makanan tempatan kepada rakan sekerjanya.
https://www.tiktok.com/@fikriakram91/video/7338331174764317960?_r=1&_t=8k8xZ4KvMIL
Menerusi perkongsian di TikTok, Fikri sering memasak masakan Melayu untuk rakan sekerjanya jika ada kelapangan.
Fikri juga menyatakan kepada pengikutnya, bahawa dia tidak terasa penat melakukan perkara tersebut malahan berpuas hati setiap kali melihat juadah yang dibawa ke pejabat habis.
Bukan itu sahaja, Fikri turut mengajar rakan sekerja untuk makan menggunakan tangan seperti budaya orang Melayu.
Baru-baru ini, salah satu video perkongsiannya tentang masakan nasi lemak pandan telah meraih 2.6 juta tontonan di TikTok meliputi keseluruhan penonton dari pelbagai negara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga melihat keterujaan yang terpancar di muka warga Korea tersebut.
“Saya bangga dengan dengan abang, bekerja sambil memperkenalkan identiti negara. Abang memang terbaik,” tulis @izwnhafiz77.
“Boleh jadi duta makanan Malaysia di Korea,” saran @nurfarhanmohamad.
“Seronok bila kita masak, orang makan. Lepas tu bertambah dan licin. Terus rasa bahagia,” komen @amethyst_aaja.
“Seronoknya tengok diorang makan sampai lupa apa itu gochujang,” ujar @yousofani.