PELAKON dan pempengaruh, Norreen Iman membuat kejutan dengan memutuskan untuk berhijab sepenuhnya.
Norreen atau Norreen Iman Abdullah berkata, meskipun berat untuk melakukan keputusan itu namun dia percaya bahawa tindakan itu adalah yang terbaik buatnya.
“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.
“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” tulisnya menerusi hantaran di InstaStory.
Dalam pada itu, Norreen turut akui menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung namun percaya, kesedihan tersebut akan berlalu pergi.
“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).
“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” tulisnya lagi.
Baru-baru ini, Norreen dilihat seringkali memuat naik fotonya dengan imej memakai tudung.
Penampilan baharu yang digayakan Norreen itu turut mendapat perhatian dan ramai yang mendoakan agar dirinya kekal beristiqamah.