HomeHiburan‘Saya tak ambil dadah' – Fatiya Latiff

‘Saya tak ambil dadah’ – Fatiya Latiff

PELAKON, Fatiya Latiff menyangkal dakwaan netizen yang kononnya dia terjebak dalam kancah bahan terlarang sehingga mengakibatkan personaliti dirinya berubah.

Fatiya atau Nur Fathiah Abdul Latiff, 36, berkata, orang ramai tidak sepatutnya melemparkan tuduhan sesuka hati kerana khuatir dengan perasaan ibu bapanya sekiranya terbaca perkara sedemikian.

“Tidak, saya tak ambil dadah.”

“Janganlah tuduh saya, tak baik. Kasihan ibu bapa saya.

“Kalau anda semua nak buli saya teruskanlah tetapi janganlah cakap perkara yang boleh mengecilkan hati mereka,” katanya seperti dilapor Kosmo pada Rabu.

Justeru, pelakon drama Ariana Rose itu mengingatkan orang ramai supaya tidak membabitkan kedua ibu bapanya dalam setiap kecaman yang dilempar.

“Janganlah tulis perkara yang boleh malukan umi dan abah saya sebab mereka sudah banyak bersuara dan jangan buat mereka bersuara.

“Anda tidak kenal mereka dan anda tak tahu apa mereka boleh lakukan sekiranya terus menyakitkan perasaan saya.

“Jangan cakap sesuatu yang boleh cetuskan kemarahan sebab mereka boleh hantar anda ke neraka,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial berhubung kenyataan Fatiya berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

‘Drama’ panas membabitkan Fatiya itu nyata mencetus kontroversi sehingga ada sebilangan warga net mendakwa Fatiya sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental dan mengambil bahan terlarang.

Author

Pilihan Editor