SETIAP wanita yang ingin menikah memerlukan seorang wali iaitu bapa untuk berkahwin.
Namun, tidak semua impian itu dapat ditunaikan jika wali tersebut telah meninggal dunia.
Baru-baru ini, tular di TikTok video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi wali kepada kakak kandungnya.
Menerusi video itu, suasana majlis akad nikah kelihatan hiba namun si adik kekal bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bapanya untuk mewalikan kakak kandungnya sendiri.
https://www.tiktok.com/@kakmas7980/video/7335660660325502210
Rata-rata netizen meninggalkan komen positif berhubung video berkenaan.
“Gentle kau dik. Tak semua boleh buat. Insyallah you’ll be great man.”- @balloprott
“Alaaa… Sebak pulak rasa. Aku ada seorang anak lelaki yang boleh jadi wali untuk 2 anak perempuan aku..”- @kimsunbell
“Mantap dik, macam inilah kaum adam yang kita nak.. bagus-bagus ada kemajuan”- @hsf_hsbllh
Memetik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekiranya wali utama telah meninggal dunia, kuasa menikahkan anak perempuan oleh bapa akan bertukar kepada kedudukan utama seperti berikut:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu-sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu-sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara seibu-sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
- Bapa saudara datuk seibu-sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
- Sekalian asabah kepada seorang muktiq
- Â Raja/Sultan