HomeBeritaTangan kanak-kanak tersepit pemegang eskalator di LRT Subang Jaya

Tangan kanak-kanak tersepit pemegang eskalator di LRT Subang Jaya

SUBANG: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun berdepan dengan detik cemas, apabila tangan kanannya tersepit pada pemegang eskalator di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, di sini pada Jumaat malam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.33 malam.

Susulan itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dengan kekuatan enam pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati tangan kanan seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada bahagian pemegang eskalator.

“Anggota kemudian bertindak mengeluarkan tangan kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas dengan dibantu pihak penyelenggara stesen berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tangan kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh beberapa minit.

Katanya, kanak-kanak itu diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Author

Pilihan Editor