HomeEkspresiSuasana Hari Terbuka Putrajaya 2024

Suasana Hari Terbuka Putrajaya 2024

HARI Terbuka Putrajaya 2024 yang berlangsung selama empat hari iaitu pada 1 hingga 4 Februari ini nyata menjadi tarikan buat pengunjung di sekitar Lembah Klang.

Mana tidaknya, banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival berlangsung ditambah dengan pelbagai jualan yang berpatutan.

Jom ikuti suasana sekitar Hari Terbuka Putrajaya 2024 menerusi lensa Media Variasi.

Banyak booth menarik yang boleh dilawati sepanjang karnival berlangsung.
Terdapat juga perkhidmatan seperti ‘manicure’ dengan harga berpatutan disediakan khas buat pengunjung yang hadir
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan memotong rambut dengan kadar murah!
Jom rasai pengalaman menaiki tram tanpa landasan di Putrajaya!

Jualan barangan asas dengan harga murah turut dibuka sepanjang karnival berlangsung
Jualan aneka makanan dan minuman menanti anda di Kampung P.Ramlee!


Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai meriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2024 yang akan berlangsung sehingga Ahad ini (4 Februari 2024).

Untuk ketahui maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Perbadanan Putrajaya.

Author

Pilihan Editor