HomeNiagaTikTok Shop tingkatkan yuran komisen platform mulai 1 Mac

TikTok Shop tingkatkan yuran komisen platform mulai 1 Mac

APLIKASI popular, TikTok mengumumkan caj yuran komisen menerusi platform TikTok Shop akan ditingkatkan mulai 1 Mac ini.

Merujuk kepada pemakluman TikTok, caj baharu ini juga akan mengambil kira dan menyertakan caj SST 8 peratus seperti yang akan dikuat-kuasakan di negara ini bermula 1 Mac 2024.

Difahamkan, caj yuran komisyen platform adalah sehingga 4.32 peratus, bergantung kepada kategori produk.

Malah, semua bayaran akan ditolak secara automatik pada tempahan akhir, sebelum penjual menerima bayaran mereka.

Untuk makluman, selain yuran komisen, TikTok Shop turut mengenakan caj transaksi sebanyak 2.16 peratus bagi setiap pembayaran yang berjaya.

Author

Pilihan Editor