HomeBeritaViralWanita buat 'presentation' pilih warna baju raya keluarga

Wanita buat ‘presentation’ pilih warna baju raya keluarga

MESKIPUN belum memasuki bulan Ramadan, pasti ramai yang sudah memikirkan soal pemilihan warna baju raya untuk tahun ini.

Malah, isu kecil itu juga boleh mengundang kebuntuan dalam kalangan orang ramai khususnya para wanita yang sentiasa mahu kelihatan bergaya pada musim perayaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita tampil membuat sesi pembentangan di hadapan keluarganya untuk memilih warna baju raya mereka sekeluarga.

Menerusi video di TikTok @kuahdal, kelihatan seorang wanita berdiri di hadapan televisyen sambil membentangkan cadangan warna baju raya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan rata-rata warga net terhibur akan kaedah yang diaplikasikan wanita tersebut.

“Terbaiklah sis. Saya baju raya ikut suami nak warna apa. Tahun lepas dia nak hitam. Tahun ini nak mustard. Ikutkan jelah,” komen netizen yang turut berkongsi pemilihan warna baju rayanya.

“Gempak siot macam nak kena present assignment,” seloroh netizen.

“My family decide macam ini. “Tahun ini hijau”, lantak kau nak pakai hijau apa asalkan hijau and cari baju sendiri,” tulis warga net.

https://www.tiktok.com/@kuahdal/video/7333889682012441857?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Author

Pilihan Editor