HomeBeritaPolitik14 barisan pengerusi negeri Amanah gandingan tokoh lama, baharu

14 barisan pengerusi negeri Amanah gandingan tokoh lama, baharu

CYBERJAYA: Barisan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) yang melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bakal memantapkan lagi pentadbiran parti itu.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, barisan kepimpinan baharu itu juga akan mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Muhammad Faiz berkata, pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023), yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

“Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya menerusi kenyataan.

Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

1. Johor: Aminolhuda Hassan
2. Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris
3. Kelantan: Adly Zahari
4. Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
5. Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman
6. Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly
7. Perak: Datuk Asmuni Awi
8. Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim
9. Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil
10. Sabah: Lahirul Latigu
11. Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili
12. Selangor: Izham Hashim
13. Terengganu: Mohd Hasbie Muda
14. Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad

Author

Pilihan Editor