HomeBeritaWarga emas maut kereta dihempap batu dekat Tenom

Warga emas maut kereta dihempap batu dekat Tenom

TENOM: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihempap batu besar di Kuala Tomani, Mansaam, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zainal Sinsian, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.27 tengah hari sebelum pasukannya menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer (km) dari BBP Tenom.

Mohd Zainal berkata, pasukannya kemudian menaiki kenderaan awam sejauh 10km melalui jalan tidak berturap, yang menjadi laluan lori balak untuk ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa, Ho Ka Cheong, 65, yang didapati tersepit di dalam kenderaan itu kemudian dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mangsa sudah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.22 petang.

 

Author

Pilihan Editor