AL-HILAL memecahkan rekod dunia untuk kemenangan paling banyak berturut-turut dalam sejarah bola sepak selepas menewaskan seterunya, Al-Ittihad dalam Liga Juara-Juara Asia pada Selasa.
Beraksi di Stadium King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi, pasukan Jorge Jesus menewaskan Al-Ittihad 2-0 untuk mengatasi kelab Wales The New Saints pada musim 2016-17 dengan 28 kemenangan, lapor Anadolu.
Bekas jurulatih Fenerbahce itu kembali ke Al-Hilal Arab Saudi tahun lalu.
Pengurus Portugal berusia 69 tahun itu adalah ketua jurulatih untuk Al-Hilal antara Julai 2018 dan Januari 2019 dan memenangi Piala Super Saudi.