HomeHiburanBella Astilah nekad tuntut cerai dengan Aliff Aziz

Bella Astilah nekad tuntut cerai dengan Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astilah, 30, dan Alif Aziz, 33, di ambang penceraian.

Media melaporkan bahawa Bella sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kelmarin.

Namun hari ini, Bella dengan rasmi menyatakan yang dia nekad untuk berpisah dengan suaminya itu.

“Kali ini saya nekad untuk bercerai,” ujarnya ketika hadir bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz di mahkamah yang sama hari ini.

Menurut Bella, dia nekad dengan keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.

Tambahannya lagi,  keputusan itu dibuat selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya lapor Harian Metro.

Terdahulu, Bella hadir di mahkamah dengan ditemani ibu dan adiknya, Didi Astillah.

Bella hadir ke mahkamah syariah diwakili peguam syarie Azmi Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co.

Untuk rekod, Bella dan Aliff  pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan kontroversi dan sikap suaminya. Namun, pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Author

Pilihan Editor