HomeBeritaCubaan 3 lelaki lari daripada polis gagal, kereta terbabas rempuh rumah penduduk

Cubaan 3 lelaki lari daripada polis gagal, kereta terbabas rempuh rumah penduduk

PASIR MAS: Cubaan tiga lelaki melarikan diri daripada pihak polis gagal apabila kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Kedondong, Meranti di sini, pada selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika kejadian 7.35 malam itu, anggota polis menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan pentadbiran Balai Polis Meranti di sini, sebelum mendapati sebuah Perodua Kancil yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya bertindak memecut laju kenderaan.

“Anggota polis bertindak mengekori kenderaan berkenaan dan mendapati kereta itu terbabas di kawasan selekoh serta melanggar salah sebuah kediaman penduduk.

Author

Pilihan Editor