HomeBeritaDua bas bertembung di Kompleks CIQ Tambak Johor

Dua bas bertembung di Kompleks CIQ Tambak Johor

JOHOR BAHRU: Malang tidak berbau apabila dua buah bas berlanggar ketika sedang melalui ‘checkpoint’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor, di sini, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira sekitar jam 7 pagi ketika bas awam yang membawa penumpang dan sebuah bas kilang dari Singapura ke Johor Bahru bertembung.

Susulan daripada pertembungan tersebut, beberapa bahagian bas rosak termasuk cermin bahagian sisi badan bas pecah serta beberapa penumpang mengalami kecederaan, lapor Buletin TV3.

Video kejadian sempat dirakam oleh salah seorang penumpang bas berkenan sebelum tular di media sosial.

Namun setakat laporan ini ditulis, jumlah penumpang yang cedera dan menerima rawatan belum dapat dipastikan.

Polis Johor Bahru Selatan (JBS) dijangka mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Author

Pilihan Editor