HomeBeritaGaji pekerja warga asing, DBKL kompaun 6 peniaga bazar Ramadan

Gaji pekerja warga asing, DBKL kompaun 6 peniaga bazar Ramadan

CYBERJAYA: Enam peniaga bazar Ramadan di kompaun selepas didapati menggajikan pekerja warga asing dalam operasi pemantauan di sekitar ibu negara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyatan di Facebook berkata, operasi itu dijalankan di sekitar Jalan Radin, Jalan Desa Jaya dan Jalan Impian Indah, di sekitar Seputeh pada Sabtu.

“DBKL membuat pemeriksaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di tiga bazar Ramadan membabitkan aktiviti penjualan pelbagai jenis makanan dan minuman.

“DBKL membuat tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan enam notis kompaun kepada pemilik lesen kerana melanggar syarat dengan melantik pembantu gerai warga asing,” katanya dalam satu kenyataan.

DBKL berkata, tindakan diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 14, Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Menurutnya, operasi pemantauan dijalankan bagi meninjau tahap kebersihan, pengendali makanan serta kelancaran aliran trafik di sekitar tapak bazar Ramadan.

Tambahnya lagi, pemantauan itu dijalankan membabitkan aktiviti penjualan makanan dan minuman pada tahap kebersihan yang optimum.

“DBKL mengingatkan kepada semua pemegang lesen perniagaan mematuhi syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Author

Pilihan Editor