HomeGlobalDoktor terpendek dunia buktikan kekurangan bukan penghalang untuk berjaya

Doktor terpendek dunia buktikan kekurangan bukan penghalang untuk berjaya

NEW DELHI: Seorang pemuda dari Gujarat, India, yang dikenali Dr Ganesh Baraiya membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk dirinya mencapai cita-cita bergelar doktor.

Dr Ganesh, 23 tahun bergelar doktor terpendek di dunia kerana hanya mempunyai ketinggian 91.4 sentimeter, lapor Oddity Central. 

Beliau yang menyimpan impian bergelar doktor sejak kecil lagi, lalu belajar bersungguh-sungguh mendapatkan gred yang tinggi dalam pelajaran.

Oleh keran itu, Dr Ganesh berjaya menamatkan pengajiannya dan kini bertugas sebagai pelatih di Hospital Sir-T di Bhavnagar.

Bagaimanapun, laluannya agak sukar kerana pernah memohon menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), namun ditolak walaupun mendapat keputusan yang baik.

Majlis Perubatan India menolak permohonannya kerana ketinggiannya dengan memberi alasan Ganesh tidak akan dapat melaksanakan tugasnya dalam kes kecemasan.

Dr Ganesh akui berasa kecewa namun enggan berputus asa hingga kesnya dibawa ke Mahkamah Agung India.

Pada 2018, Mahkamah Tinggi di India, memutuskan Ganesh berhak untuk mendaftar dalam MBBS, dan dia melakukannya pada tahun berikutnya.

“Saya sangat kecewa tiga tahun lalu, tetapi enggan menerima penolakan mereka. Sekarang saya sangat gembira kerana mendapat keadilan daripada Mahkamah Agung.

“Kini saya dalam perjalanan untuk memenuhi impian yang saya harapkan sejak kecil. Saya tahu saya berbeza, tetapi saya mahu menjalani kehidupan yang baik seperti orang lain dan membanggakan ibu bapa saya,” kata Dr Ganesh.

Namun begitu, difahamkan Dr Ganesh masih berdepan dengan isu diskriminasi kerana ramai pesakitnya enggan bercakap dengannya kerana ketinggiannya.

Author

Pilihan Editor