HomeHiburanIsu khalwat: Ruhainies mohon maaf, dakwa ada perkara kurang tepat disebarkan

Isu khalwat: Ruhainies mohon maaf, dakwa ada perkara kurang tepat disebarkan

SELEPAS mengambil langkah berdiam diri, Ruhainies memohon maaf terlebih dahulu atas apa yang berlaku namun dakwanya terdapat perkara yang tidak tepat mengenai isu khalwat yang sedang hangat diperkatakan itu.

Ruhainies menerusi perkongsian di Instagram, tampil bersuara berhubung isu ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Malah, dia turut berharap semua spekulasi berkaitan dihentikan sehingga dia bersedia untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar.

“Walau bagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan penyanyi, Aliff Aziz ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang Sabtu.

Malah, mereka dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Syariah atas dakwaan khalwat pada tarikh yang akan ditetapkan.

Bagaimanapun, umum sedia maklum ini bukanlah pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi atas dakwaan berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Namun, pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Author

Pilihan Editor