HomeHiburanJasmine Suraya nafi pengajian ditanggung kerajaan

Jasmine Suraya nafi pengajian ditanggung kerajaan

CYBERJAYA: Pelakon Jasmine Suraya, 35, menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai pengajiannya ditanggung oleh pihak kerajaan.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, bakal menyambung pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat  bermula April ini.

Tegasnya, dia menggunakan simpanan sendiri bagi menampung pengajian di sana tanpa tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan.

“Kenyataan mengatakan pihak kerajaan memberikan dana kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah tidak benar.

“Saya tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan kewangan kerana saya sudah membuat persiapan dari segi simpan wang sejak awal lagi.

“Ingin saya nyatakan di sini, saya tidak pernah memohon dana secara terus kepada pihak kerajaan atau badan-badan lain yang tiada kaitan dengan bidang seni di Malaysia,” katanya lapor Mstar.

Terdahulu, Jasmine mendedahkan dia memerlukan wang sebanyak RM300,000 ke RM400,000 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

Katanya, dia terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri berikutan permohonan mendapatkan bantuan di beberapa agensi kerajaan dan swasta juga tidak mendapat perhatian.

Pelakon  filem Paskal itu tampil menjelaskan perkara situasi sebenar berkenaan isu tersebut.

Hal ini kerana, netizen salah anggap terhadap kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menyangka dia mendapat pembiayaan penuh daripada kerajaan.

Fahmi dalam kenyataan itu memberitahu kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu aktres berkenaan melanjutkan pengajiannya di Amerika.

Menurutnya, pihaknya sedia membantu Jasmine sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

Bagaimanapun, kenyataan Fahmi itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mempersoalkan kelayakan Jasmine untuk menerima bantuan kerajaan.

Author

Pilihan Editor