ENGLAND: Kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menjalani pembedahan selepas dibaham oleh anjing Bully XL milik keluarganya di Doncaste pada hari Isnin.
Menurut laporan, kanak-kanak itu dikatakan cuba memanjat anjing berkenaan sebelum diserang.
Setibanya polis di lokasi kejadian, anjing berada di dalam kandang itu dirampas untuk tujuan siasatan.
Terdahulu, kerajaan UK mengumumkan larangan ke atas baka anjing itu pada September berikutan beberapa insiden serius, termasuk seorang lelaki yang mati di Staffordshire dan seorang gadis berusia 11 tahun diserang di Birmingham.
Ketua Inspektor Polis South Yorkshire, Emma Cheney mendedahkan bahawa anjing Bully XL yang berdaftar juga berpontensi untuk bertindak agresif.
“Keluarga ini mengiktiraf undang-undang baharu berkenaan anjing Bully XL dan mendaftarkan anjing mereka dengan betul. Walau bagaimanapun, peraturan tersebut tidak menghapuskan potensi risiko serangan anjing itu.
“Semua anjing boleh menjadi agresif kerana mereka adalah haiwan, tetapi sesetengah anjing mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk menyerang kerana saiz dan kekuatannya.
“Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian bersama anjing, atau haiwan peliharaan lain tanpa pengawasan ahli keluarga,” katanya lapor ndtv.com
Emma berkata, menggigit merupakan naluri anjing untuk melindungi dirinya.
Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak-anak menghormati ruang anjing dan digalakkan untuk mempunyai sempadan sekitar waktu makan dan berehat.
Anjing Bully XL cenderung bertindak agresif sekiranya tidak dijinakkan serta dilatih secara bertanggungjawab oleh penjaga.