HomeBeritaViralKecewa hasil jualan tak laku, peniaga buang air balang ke dalam sungai

Kecewa hasil jualan tak laku, peniaga buang air balang ke dalam sungai

PERNIAGAAN merupakan  salah satu cara seseorang untuk memperoleh mata pencarian.

Setiap individu yang bergantung hidup menerusi hasil perniagaan seharusnya berani mengambil risiko untuk berdepan dengan sebarang kerugian.

Meskipun kerugian itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental peniaga, namun ini tidak bermakna kekesalan tersebut harus dilepaskan kepada orang awam dan alam sekitar.

Baru-baru ini, seorang peniaga air balang kecewa apabila hasil jualannya kurang mendapat sambutan orang ramai.

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1764145682540310963?s=46&t=V_9IzGtb3-hhfPhmWtwJHg

Mengenangkan nasib yang tidak menyebelahinya, lelaki berkenaan kemudian bertindak membuang air balang tersebut ke dalam sebuah sungai.

Video berdurasi 21 saat yang memaparkan aksi lelaki itu tular di media sosial sejak Ahad.

Meskipun ada yang tampil meluahkan rasa simpati, namun terdapat juga netizen yang mengecam perbuatan lelaki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen berpendapat bahawa tindakan lelaki tersebut yang membuang air ke dalam sungai menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Last-last cemar longkang, cemar sungai,” komen @wilsonyimby.

“Mencemarkan alam sekitar je,” tegur @rabbaniahmd.

Pada masa sama, terdapat netizen yang berpandangan bahawa, perbuatan lelaki itu hanya menyebabkan pembaziran.

Lelaki itu sebaliknya disarankan untuk berkongsi rezeki dan memberi sedekah terhadap hasil jualannya yang tidak laku kepada orang ramai.

“Better sedekah dekat orang lalu lalang daripada buang macam ni,” kata @thesorasl.

“Awat buang wei, lebih baik sedekah dekat masjid ke apa, buang dekat situ, ikan pun tak mahu,” tulis @ZulaikhaPS.

“Daripada buang, baik bungkus elok-elok bagi dekat orang lalu lalang, rugi dunia sikit, untung akhirat banyak,” tulis @hafizsaari.

Setakat artikel ini ditulis, MEDIA VARIASI masih belum dapat memastikan masa dan lokasi sebenar kejadian tersebut.

Author

Pilihan Editor