HomeBeritaViralLagi kes kantoi! Peminta sedekah miliki Honda CR-V

Lagi kes kantoi! Peminta sedekah miliki Honda CR-V

SINDIKET penipuan peminta sedekah semakin hari, semakin membimbangkan kerana berleluasa di negara ini.

Tidak dinafikan amalan bersedekah memberi banyak ganjaran pahala kepada umat Islam.

Hal ini menyebabkan ramai umat Islam tidak melepaskan peluang tersebut terutamanya di bulan Ramadan ini.

Namun begitu, terdapat beberapa golongan individu licik yang mengambil kesempatan atas fadilat bersedekah untuk mendapatkan kemewahan.

Baru-baru ini tular sekali lagi video memaparkan peminta sedekah kantoi miliki kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V yang dianggarkan bernilai RM159,900.00.

Pada awalnya, difahamkan individu yang merakam video tersebut berasa was-was terhadap peminta sedekah yang ditemuinya itu.

Justeru dia bertindak mengekori peminta sedekah itu sehingga ke tempat letak kereta dan terkejut apabila ternyata peminta sedekah itu menaiki Honda CR-V.

Bagaimanapun, peminta sedekah itu menafikan kereta tersebut adalah miliknya ketika diasak dengan pertanyaan oleh individu tersebut.

Sebaliknya, wanita tersebut mendakwa bahawa kereta itu adalah milik kawannya dan dia hanya sekadar meminjam.

“Bukan kereta saya, pinjam daripada kawan. Kawan punya kereta.

“Saya tak ada duit nak beli barang. Kereta ini bukan saya punya,” kata wanita itu.

https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1772371470380872188?s=20

Terdahulu, penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pengemis tumpas dalam operasi membanteras pengemis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hasil siasatan mendapati  lelaki terbabit memiliki sebuah SUV Proton X70 serta raih pendapatan mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam.

Author

Pilihan Editor