HomeBeritaMBPP rampas 25 e-skuter sewaan peniaga warga Bangladesh

MBPP rampas 25 e-skuter sewaan peniaga warga Bangladesh

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berjaya merampas 25 skuter elektrik dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang dijalankan oleh lelaki warga Bangladesh, pada Jumaat.

Serbuan itu dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan & Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP di sebuah premis yang menjalankan perniagaan sewa e-skuter tanpa lesen di George Town, Pulau Pinang.

MBPP rampas skuter elektrik ketike serbuan premis perniagaan. FOTO Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

MBPP dalam kenyataan di Facebook, menyatakan telah berjaya merampas sebanyak 25 buah e-skuter yang dijadikan sebagai barang perniagaan oleh premis tersebut.

Bagaimanapun,  perniagaan tersebut adalah satu kesalahan kerana tidak mempunyai  lesen yang sah oleh pihak Majlis.

Susulan itu, tangkapan telah dibuat terhadap warga Bangladesh yang mengoperasikan perniagaan tersebut.

“Semasa serbuan pada 11 malam itu, semakan turut mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah.

“Pemantauan akan terus dilaksanakan dan tindakan bagi premis- premis yang menjalankan perniagaan dan tred tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam yang menggunakan lalu lintas,” ujarnya lagi.

 

Author

Pilihan Editor