BANGKOK: Enam warga India telah ditahan di lapangan terbang antarabangsa Bangkok atas percubaan menyeludup seekor panda merah dan berpuluh-puluh haiwan lain ke luar negara, kata pegawai kastam Thai.
Ular, burung kakak tua dan biawak monitor adalah antara 87 haiwan yang dirampas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kata pegawai.
Semua binatang-binatang tersebut ditemukan dalam bagasi yang diperiksa ketika mereka cuba terbang ke Mumbai.
Susulan itu, suspek-suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun lapor BBC
Jabatan kastam Thailand berkongsi gambar yang menunjukkan spesies terancam, panda merah diletakkan di dalam bakul manakala burung nuri ditutup dalam bekas plastik.
Pada masa yang sama turut ditemukan juga ular yang digulung bersama dalam beg kain.
Thailand dikatakan sebagai hab transit utama bagi aktiviti penyeludupan hidupan liar.
Haiwan itu biasanya dijual di China dan Vietnam, tetapi India telah menjadi pasaran yang semakin berkembang masa kini.