HomeBeritaViralPeniaga wajib pamerkan harga jualan atau denda RM50,000 hingga RM100,000 - KPDN

Peniaga wajib pamerkan harga jualan atau denda RM50,000 hingga RM100,000 – KPDN

CYBERJAYA: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran kepada peniaga bazar Ramadan supaya mempamerkan harga dengan betul atau berdepan denda yang tinggi.

KPDN menerusi perkongsian di TikTok, telah membuat serbuan di bazar Ramadan Putrajaya dengan memberi amaran kepada setiap peniaga untuk pamerkan harga jualan.

Menurutnya, amaran itu dibuat selepas aduan dibuat kepada kementerian terhadap penjual bazar Ramadan kerana tidak mempamerkan harga dengan betul dan menaikkan harga sesuka hati.

Pada masa yang sama, KPDN turut melancarkan Ops Pantau dengan menggerakkan 2,200 pegawai penguat kuasa, yang telah memeriksa sebanyak 4,883 premis termasuk bazar Ramadan dan tempat runcit makanan di seluruh negara.

Difahamkan, penjual dan peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pengguna boleh menghadapi tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDN, Datuk Azman Adam berkata, jika penjual tidak meletakkan tanda harga pada jualan, mereka boleh didenda sehingga RM50,000 untuk penjual individu dan RM100,000 untuk perniagaan.

@kpdnlamanrasmi

“NI MANA TANDA HARGA?” #KPDN #RahmahItuBerkat #OpsPantau #TandaHarga #BazarRamadan

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Tinjauan MEDIA VARIASI di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan itu kerana memberi keadilan kepada pembeli.

“Memang patut buat macam ni, kalau tidak peniaga sesuka hati sahaja sebut harga,” sokong @eimanfirdaus.

“Macam ni lah bagus, aku pegi bazar memang cari yang ada tanda harga. Kalau takde tanda harga jangan beli,” komen @SyukriIman.

“Bagus cara ini, teguran buat peniaga, barulah pembeli mahu beli. KPDN terbaik,” kata @meeyahpinaa.

Author

Pilihan Editor