TULAR di aplikasi X video memapar detik-detik cemas seorang penjaga zoo diserang buaya ketika wanita itu memberi makan kepada haiwan reptilia tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan tindakan refleks wanita tersebut memusingkan badannya mengikut rentak buaya, bagi menyelamatkan lengannya daripada putus.
Crocodile attacks zoo keeper and a visitor jumps in the cage to help pic.twitter.com/IFUonmU18g
— non aesthetic things (@PicturesFoIder) March 1, 2024
Pada masa yang sama, turut kelihatan seorang pelawat yang dikenali sebagai Donnie Wiseman, 48 tahun, bertindak nekad menerjah masuk ke dalam kolam lalu mengunci pergerakan buaya tersebut.
Susulan daripada tindakan berani pelawat itu, tangan wanita yang dicengkam oleh buaya tersebut juga dilepaskan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pusat Reptilia Scales and Tails di Utah pada musim panas 2021.
Sekumpulan pelawat termasuk kanak-kanak turut menyaksikan kejadian ngeri tersebut.Â
Bagaimanapun, Donnie juga terselamat daripada Darth Gator, buaya yang berusia 11 tahun, berukuran panjang lapan setengah kaki itu.Â
Menurut laporan crazed.net, selepas penjaga zoo dibebaskan daripada cengkaman buaya itu, dia menerima pertolongan cemas sebelum dibawa ke hospital.
Penjaga zoo tersebut terpaksa menjalani pembedahan selepas serangan itu. Dia mengalami kerosakan tendon dan patah tulang di pergelangan tangan serta tangannya.Â
Susulan menerima rawatan daripada pakar bedah ortopedik, tangannya dijangka pulih seperti sediakala.
Menurutnya, dia tidak berdendam dengan buaya tersebut sebaliknya dia menyayangi haiwan tersebut seperti ahli keluarganya sendiri.