KEBIASAANNYA di hari raya, cornflakes madu menjadi keutamaan tuan rumah untuk dihidangkan pada tetamu.
Apa kata pada tahun ini anda beri sedikit kelainan kepada tetamu dengan mencuba resipi cornflakes matcha pistachio, dijamin menjadi dan sedap.
Jom ikuti perkongsian resipi matcha pistachio cornflakes yang dikongsi oleh Cik Dayang Zuhaila di Facebook.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 200g cornflakes (ramas)
- 150g white choc
- 1 tsp matcha powder
- 50g cranberri kering (cincang)
- 30g pistachio (sangai & cincang)
Cara-cara adalah seperti berikut:
- Cairkan white choc di atas air yang mendidih, kemudian masukkan serbuk matcha dan kacau sehingga sebati dan licin. (pastikan tidak berketul)
- Seterusnya masukkan cornflakes, pistachio dan cranberri ke dalam adunan. Gaul rata sehingga cornflakes bersalut sempurna.
- Masukkan adunan dalam papercup. Taburkan pistachio sebagai hiasan.
- Biarkan coklat keras seketika atau boleh simpan sekejap dalam peti sejuk.
Jangan lupa simpan cornflakes yang dah siap ke dalam bekas kedap udara untuk pastikan ia bertahan dalam tempoh yang lama.
Selamat mencuba!