HomeBeritaPelajar lelaki maut, kereta dipandu ibu rempuh lori

Pelajar lelaki maut, kereta dipandu ibu rempuh lori

PONTIAN: Seorang pelajar maut manakala ibu dan adiknya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di KM11, Jalan Benut-Simpang Renggam berhampiran Kampung Parit Jamal, Benut, Pontian pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hayqal Mohd Asdi Jastani, 14, tahun beralamat di Taman Kluang Perdana, Kluang.

Mangsa yang duduk di belakang kereta dipandu oleh ibunya, Jalilah Jalil, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Ibunya mengalami kecederaan parah di kaki dan tangan, sementara adiknya, Muhammad Naim, 12, cedera parah di tangan dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Difahamkan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kluang.

Menurut laporan Buletin TV3, pemandu lori yang terlibat hanya mengalami cedera ringan.

Dalam pada itu, jurucakap ibu pejabat polis trafik daerah Pontian ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Author

Pilihan Editor