HomeBerita2,620 penderma darah A, O, B diperlukan sebelum Syawal

2,620 penderma darah A, O, B diperlukan sebelum Syawal

SERAMAI 2,620 individu diperlukan untuk tampil menderma darah bermula Sabtu sehingga Selasa depan, bagi menampung keperluan bekalan sebelum 1 Syawal.

Pusat Darah Negara menerusi kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa, pihaknya amat memerlukan pendermaan orang ramai yang mempunyai darah kumpulan A, O dan B.

“Ia amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah tersedia untuk dibekalkan kepada pelbagai hospital di Lembah Klang sepanjang musim perayaan.

“Bekalan ini juga akan dimobilisasi ke lain-lain hospital di Malaysia berdasarkan keperluan semasa klinikal,” menurutnya.

Dalam kenyataan sama, kehadiran penderma untuk membantu memastikan bekalan darah mencukupi adalah amat dihargai.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut diminta untuk tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak berkenaan.

“Kehadiran anda untuk menderma darah dalam tempoh ini amat dihargai oleh para pesakit yang memerlukan transfusi darah.

“Lagi ramai menderma lagi meriah suasana. Orang ramai boleh hadir di hospital yang ada perkhidmatan pendermaan darah statik berdasarkan lokaliti terdekat.

“Informasi kempen serta lokaliti pendermaan darah di www.pdn.gov.my,” katanya.

Author

Pilihan Editor