HomeBeritaViralAliff Syukri dakwa lagu Love Raya hanya 'prank' untuk 'April Fool'

Aliff Syukri dakwa lagu Love Raya hanya ‘prank’ untuk ‘April Fool’

SABAN tahun setiap kali menjelang musim perayaan usahawan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan lagu raya yang sensasi.

Namun berbeza pada tahun ini apabila single lagu raya yang berjudul Love Raya terpaksa dipadam hanya beberapa jam selepas dimuat naik di Instagram.

Hal ini kerana, aksi sekumpulan lelaki yang menari ghairah dipaparkan menerusi MV tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Susulan itu, Aliff menerusi di Instagram pagi ini, sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka meskipun dia telah menyatakan permohonan maaf semalam.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan isu tersebut kerana katanya video tersebut sebenarnya hanya satu gurauan.

Jelasnya lagi, sedutan lagu raya itu adalah idea untuk membuat prank kepada pengikutnya dan orang ramai sempena 1 April yang dianggap sebagai April Fool.

“Saya mohon yang ada video itu jangan memperbesarkan lagi perkara ini. Saya nak minta maaf kali ke-10, tolong padam video  itu daripada sosial media anda.

“Kekhilafan ini daripada saya sendiri, tak ada salah orang lain. Saya mohon untuk padamkan video itu. Lagu itu pun tak keluar pun, itu sekadar orang kata gurauan saya dan mungkin gurauan ini tidak disengajakan.

“Cuba tulis di bawah siapa yang kena ‘prank’ dengan saya? Maaf semua saya hanya menyakat anda semua sahaja, janganlah serius sangat, hidup ini kena seronok sahaja,” jelasnya dalam video lain.

Sebelum ini, ibunya, Bonda Rozita menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan video lagu raya yang dilancarkan anaknya.

Justeru itu, Rozita meminta Aliff Syukri memadamkannya segera bagi menghormati sensitiviti umat islam terutama di bulan Ramadan.

Author

Pilihan Editor