HomeHiburanBella dakwa Aliff Aziz curang 11 kali termasuk dengan adik ipar

Bella dakwa Aliff Aziz curang 11 kali termasuk dengan adik ipar

CYBERJAYA: Industri hiburan tanah air gempar lagi apabila Bella Astillah, 30, mendakwa suaminya, Aliff Aziz curang sebanyak 11 kali di belakangnya.

Menerusi pendedahan dalam temu bual bersama Melodi TV3, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia mempunyai segala bukti tentang kecurangan suaminya.

“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu,” katanya menerusi temu bual tersebut.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis buka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada Rabu.

Selain itu, Bella juga mendakwa suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya sendiri iaitu, Eriqa Astillah.

Dalam masa yang sama, Bella dengan nada sebak menyatakan dia telah membuang adik kandungnya susulan kes itu dan memilih berpihak kepada Aliff.

“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya semdiri iaitu Eriqa.

“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu sesiapa mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bongkar,” dedahnya.

Bella berkata, hubungan tersebut dapat dihidu ketika dia dan Aliff mengerjakan umrah pada 2022.

“Sebenarnya ketika kami buat umrah, ada mesej minta doakan hubungan mereka.

“Dia ada temankan Aliff ketika dia menyertai Gegar Vaganza. Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya.

“Fasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Paling teruk dan saya kesali, saya buang adik sendiri, tak buang Aliff,” luahnya.

Disebabkan perkara tersebut, hubungannya bersama keluarga menjadi renggang kerana memutuskan hubungan dengan adiknya dan tidak lagi pulang ke kampung halaman.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu negara.

Susulan itu, pada 13 Mac lalu,  Bella telah memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebagai rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.

Author

Pilihan Editor