HomeHiburanAliff Aziz kantoi ditangkap khalwat bersama pelakon wanita terkenal

Aliff Aziz kantoi ditangkap khalwat bersama pelakon wanita terkenal

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi tanah air, Aliff Aziz, 33, kantoi apabila ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita terkenal di sebuah kondominium mewah, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh adik iparnya, Didi Astillah, 27 yang merupakan adik kepada isterinya Bella Astillah, 29.

“Ya, mereka ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Didie ketika ditanya oleh media.

Menurut Didi, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat JAWI selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Susulan itu, pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat JAWI dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menunggu selama tiga jam di hadapan pintu rumah tersebut, namun tiada sebarang tidak balas diterima dari dalam.

Seterusnya, pihak JAWI terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membuka pintu tersebut.

Dalam pada itu, Didi turut meminta kerjasama rakan media agar memberi ruang kepada kakaknya, Bella untuk bertenang berhubung kejadian itu.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya ketika ditemui di pejabat JAWI.

Menurut sumber, pasangan selebriti itu, dikatakan sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Author

Pilihan Editor