SUDAH menjadi tradisi buat seluruh umat Islam di Malaysia untuk memberi duit raya apabila menjelang Syawal.
Tidak kira muda atau tua, pasti akan berpeluang untuk memperoleh duit raya daripada ahli keluarga, sanak-saudara mahupun tetamu yang berkunjung ke rumah.
Oleh itu, bank adalah antara salah satu tempat yang akan menjadi tumpuan orang ramai berpusu-pusu untuk membuat persiapan duit raya.
Namun dek kerana jumlah permintaan ramai, kebiasaannya sebahagian besar tidak berpeluang untuk menukar duit yang baharu.
Justeru, baru-baru ini, tular TikTok, apabila seorang gadis mendapat idea untuk menggosok duit lama agar kelihatan seperti baharu.
Menurut gadis tersebut, cara itu sememangnya berkesan menjadikan duit seperti baharu dan penjimatan masa tanpa perlu pergi ke bank.
Namun begitu, difahamkan duit plastik RM1 dan RM5 dilarang sama sekali untuk digosok kerana dikhuatiri mencair dan rosak.
@dkremy Gara-gara payah dpt tukar duit baru,so aku Iron je lah duit supaya keras n nampak xkedut.. maka dgn ini, ON dah raya aku tahuni ni.. hahahaha #raya2024 #duitraya #duitraya2024🤑
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian tersebut berjaya meraih 2.5 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen mengakui idea tersebut sangat kreatif.
Di samping itu,ada juga segelintir yang berpandangan bahawa perkara tersebut leceh dan membazir elektrik.
“Selalu buat macam ni zaman kecik-kecik dulu sebab nak feel baru,” kata @ddsyuhada.
“Gigihnya, duit elektrik pun dah naik, lagi nak bagi duit yang dah iron kepada orang,” komen @quesara.
“Takutnya terbakar hangus, apapun tak boleh guna sat lagi,” tambah @nora_lalin.