HomeBeritaMahkamah & JenayahLelaki maut ditikam kekasih ketika hubungan seks

Lelaki maut ditikam kekasih ketika hubungan seks

POLIS menahan seorang wanita selepas dipercayai menikam seorang lelaki ketika melakukan hubungan seks di Kuala Krai, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, suspek yang berusia 28 tahun itu menikam mangsa dipercayai kekasihnya, menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sebanyak tiga kali di perut.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai pada kira-kira jam 6.30 petang Isnin.

“Hasil siasatan awal terhadap mangsa yang berusia 45 tahun itu mendapati, terdapat kesan tikaman pada perut, namun tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi lelaki terbabit ditemui.

“Hasil semakan rekod mendapati, mangsa merupakan seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, siasatan polis juga mendapati, kejadian tersebut adalah pada 28 Mac lalu yang mana mangsa yang telah membawa suspek dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu ke beberapa kawasan di sekitar daerah Kuala Krai.

Jelasnya, mangsa dipercayai telah melarikan diri setelah wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

Muhamad Zaki berkata, punca kematian mangsa disebabkan luka yang terdapat di perut, kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen serta terkena usus najis.

Katanya lagi, mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik.

“Kes disiasat bawah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Author

Pilihan Editor